SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAID
BEG BERKUNCI NO 4
89159 KOTA BELUD, SABAH
NO TEL: 088-931185 NO FAX: 088-931364
email: webmaster@smkatunsaid.net

 
SEJARAH SEKOLAH

SMKA Tun Said merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Negeri Sabah. Sekolah ini juga adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang pertama diwujudkan di Daerah Kota Belud.

Sekolah ini terletak di atas Bukit Kota Maharaja di Kampung Pengkalan Abai Kota Belud, dengan ketinggian 37 meter dari paras laut dengan keluasan tapak tanah pembinaan seluas 50 ekar. Tanah tapak sekolah ini telah didermakan oleh seorang ahli politik yang berpengaruh di daerah ini, iaitu YB. Datuk Seri Panglima Salleh bin Tun Said, ahli parlimen P148 Kota Belud merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N6 Usukan.

Proses pembinaan sekolah ini telah dimulakan sejak 01 Oktober 1997 oleh syarikat pembinaan Karun Sdn Bhd (kelas A), yang beralamat di Blok M, Lot 3,Tingkat 3, Sinsuran Komplek, Peti surat 11716, 88879 Kota Kinabalu, Sabah, dengan harga asal kontrak sebanyak RM14,809,169.09, ATD RM17,734.169.09. Mengikut jadual kontrak, sekolah ini akan siap pada 28 september 1999 tetapi disebabkan oleh beberapa masalah, tempoh penyiapan tersebut terpaksa dilanjutkan sehingga 21 Disember 1999.

Pada 13 Januari 2000 sebahagian daripada bangunan sekolah terpaksa diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri kerana perancangan yang diatur lebih awal, bahawa sekolah ini akan dibuka pada 17 Januari 2000 (rancangan awal). Antara bangunan sekolah yang terlibat dalam penyerahan tersebut ialah bangunan sekolah blok A, dua blok bangunan asrama, dewan makan asrama , kantin sekolah dan surau sekolah.

Pada 20 Januari 2000 sekolah ini telah memulakan pendaftaran pelajar pertamanya. Hanya seramai 210 orang pelajar Tingkatan Satu sahaja yang mampu diterima oleh sekolah ini pada tahun pertama pembukaannya. Ini adalah disebabkan oleh bangunan asrama yang sangat terhad, iaitu hanya satu blok untuk pelajar lelaki (yang hanya mampu memuatkan seramai 105 orang pelajar) dan satu blok untuk pelajar wanita (yang hanya mampu memuatkan seramai 105 orang pelajar).

Pada tahun 2001 jumlah pelajar telah bertambah kepada 300 orang. Pada tahun 2002 jumlah pelajar juga bertambah sebanyak 410 pelajar dan tahun itu merupakan tahun pertama PMR berlangsung di sekolah ini. Pada tahun 2003 jumlah pelajar bertambah kepada 427 orang. Pada tahun 2003 kelas sains tulen,sastera dan teknik diwujudkan. Pada Oktober 2004 PMR kali ketiga dan SPM kali pertama berlangsung di sekolah ini.

MISI
Melahirkan murid yang cemerlang sahsiah dan akademik, berdaya saing dan berwibawa untuk memenuhi keperluan semasa berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan
VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said Kota Belud menjadi sekolah terunggul dalam bidang pendidikan di negeri Sabah menjelang 2015
 

HAk cipta terpelihara : Mana-mana bahagian ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam bentuk simpanan kekal atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik,mekanik,dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin daripada Webmaster:Mariana Abu Mansor, Sharul Nizam Atil dan Norwati Masuali, Laman web ini khas dibina untuk SMKA Tun Said, Kota Belud, Sabah